MyRides List (senarai nama & tel kedai )
Sebarang pertanyaan sila hubungi kami terus ke 03-5161 6089 atau 018-2733327 (sms)
NEWS OF THE WEEK
Kereta-kereta old skool merupakan barangan lama yang masih beraksi dalam dunia pembangunan kenderaan terkini,di mana ianya lebih maju terutama dari teknologi dan juga seni morfologinya.Kenderaan-kenderaan ini juga telah di adaptasikan dengan teknologi semasa dan diberi sentuhan yang kreativiti,makanya pasti akan menjadinya ia sebuah kereta yang berdaya maju dan mencetuskan kereta yang berkarekter dalam 2 teknologi masa lalu dan sekarang.
Ada sesetengah kereta masih mengekalkan barangan asal seperti aksesori dalam dan luarannya,dan sudah pastilah ia sesuatu yang amat sukar untuk ditemui dan ini akan menambahkan lagi keunikan sesebuah kereta tersebut.Dari segi kewujudannya,ia memperlihatkan kita tentang nilai sejarah yang masih relevan untuk setiap zaman yang dilalui.Seandainya kita tahu tentang nilai yang ada padanya,kita dapati morfologi lamanya tetap kekal untuk disaksikan hingga ke hari ini
Atas idea ini,MY RIDES dengan segelintir 'pemikir'cuba mengorak satu langkah untuk membawa dunia 'orang-orang lama' ini ke satu wadah yang berinformasi supaya barangan lama ini lebih maju dan mantap bukan hanya suatu konotasi bahan lama yang usang ataupun besi buruk yang hanya di simpan di belakang rumah sahaja...cetusan minat anda akan kami realisasikan untuk tatapan seantero dunia!
Royal Selangor Club telah mengadakan sambutan ulang tahun yang ke 125 pada 20 Dec,2009 yang lalu di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.Sejarah tertubuhnya kelab ini adalah pada tahun 1884 dan merupakan antara kelab yang tertua di Malaysia.
Event tersebut di hadiri bukan sahaja dari kalangan ahli kelab tetapi juga peminat-peminat kereta vintaj dari pelbagai golongan dalam dan luar negara.Selaku presiden Royal Selangor Club,Datuk Dr.Lim Teong Wah hadir bagi melengkapkan majlis sambutan yang meriah itu dengan persembahan dari Polis DiRaja Malaysia,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kelab MSVCR(Malaysia Singapore Vintage Club Register).
Acara yang di sajikan telah menarik pelancong-pelancong luar negara terutama acara dari pasukan polis berkuda yang telah mempamerkan aksi-aksi 'ganas' seperti melepasi lingkaran gelung berapi,merejam kayu berapi dan pelbagai aksi lagi.
Event ini telah kami paparkan pada keluaran edisi 7 yang lalu, dan anda boleh lihat gambar-gambar menarik sekitar event tersebut.
Sepanjang tahun ada sahaja event yang akan dilangsungkan oleh kelab-kelab kereta 'otai' di serata Malaysia.Antara event-event yang pernah MY RIDES hadiri ialah 8th KL vintage&classic car concours,event Fast4ward,event Teluk Batik ae80 group,Shah Alam AutoShow,Bugfest Malaysia 2010 anjuran Kelab Pemilik Volkswagen Johor Bahru yang sangat gah dengan kehadiran ramai peminat dalam dan luar negeri dan banyak lagi event-event yang hebat yang sempat kami coretkan dalam majalah Myrides.
Apa yang kami harapkan ialah semoga dengan adanya penganjuran event-event seperti ini akan dapat mengeratkan lagi kami bersama keluarga,sahabat-sahabat,peminat-peminat,pemilik kenderaan lama serta dapat memupuk minat kepada generasi muda-mudi untuk sama-sama menyemarakkan lagi dunia old skool khususnya di Malaysia..
Setiap kelahiran 'orang baru' pasti akan meninggalkan impak yang besar kepada mereka yang baru bertatih menyelami dunia berkeluarga.Dari hari pertama hingga hari-hari berikutnya akan muncul beberapa perkara baru samaada suka atau duka yang harus dipelajari dan di tangani sebaik mungkin untuk keharmonian seisi rumah.
Begitulah jua adanya...(dengan nada lemah gemalai) MY RIDES pada tarikh keramat 19 Julai 2009 maka lahirnya sebuah warkah berkonsepkan sebuah majalah old skool dan modifikasi yang di cetuskan oleh sekumpulan peminat kereta-kereta lama di Malaysia.Sememangnya MY RIDES masih bertatih hingga ke hari ini dan banyak perkara yang perlu dipelajari dan di kaji untuk memantapkan persembahan kami dalam majalah ini.Dan kami sangat bersyukur kerana kami di bantu secara tidak langsung oleh peminat-peminat setia dunia old skool dari pelbagai golongan hingga ke hari ini.Sejarah pelancaran majalah MY RIDES yang lalu di I-CITY Shah Alam akan menjadi memori indah yang tidak mungkin kami lupakan,dan kepada anda para-para olskooler yang budiman..kami mengucapkan jutaan terima kasih tak terhingga.Semoga kita akan menjadi satu keluarga yang 'bahagia' sampai bila-bila.Salam kejayaan untuk anda!
Senarai nama kedai bagi majalah Myrides
- No Comments »
- August 30th, 2010 by myrides
Edisi 14 Sept 2010
Edisi 14 Sept 2010
SALAM RAMADHAN & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Dapatkan kini dipasaran..
Mazda Capella re , Volvo 122S, BMW 628 csi,Toyota ae80, Mitsubishi Lambda sr20, Drift Car KE 70, Proton saga retro, BSA motor klasik.
Event Bug O Rama, Sepang drag battle, Nostalgia bekas atlet negara & MSVCR, TMC gunung ledang, Saga drag battle, Nismo Club [...]
- 1 Comment »
- August 28th, 2010 by myrides
Sepang Drag Battle 2010
Salam sejahtera…
Masih ingat peristiwa yang berlaku di sepang yang lalu..? suasana haru-biru dengan deruman enjin dari kereta-kereta yang bertanding merebut ‘gelaran’ sebagai raja drag sambil usha ‘line’ si cantik manis penyeri litar….bagi yang tidak berkesempatan,kami paparkan beberapa gambar menarik sekitar perlumbaan SepangDragBattle… sememangnya suasana perlumbaan sangat hebat,bukan senang hendak duduk sambil hisap lolipop di tengah [...]
- No Comments »
- August 4th, 2010 by myrides
Edisi 13,MgTf kembali..
EDISI 13 OGOS 2010 – MG TF 1954
Salam sejahtera..
Kata orang tua-tua,kalau hendak sentiasa jelas penglihatan…lihatlah kehijauan alam di sebelah pagi.Senaman mata dengan melihat benda-benda yang berwarna hijau adalah baik terutama tumbuh-tumbuhan.Kehijaun alam juga memberikan kita keselesaan dari kepanasan kerana ia mengambil karbon oksida dari matahari dan manusia mengambil oksigen yang di lepaskan.
Hulk [...]
- No Comments »
- July 30th, 2010 by myrides

SA JEWELLERY
SHAMELIN 912
SHAMELIN 912.biz






